Andainya lelaki tahu hati seorang perempuan



Andainya lelaki tahu dalam hati seorang perempuan , ada naluri untuk disayangi . Ada rasa untuk diberi perhatian , ada rasa untuk didengari keluh kesahnya . ada waktu-waktu untuk diminta temani kesedihannya . 
Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta dipujuk .  marah seorang perempuan perlu didekati . sedih seorang perempuan harus didengari . gembira seorang perempuan ingin dikongsi . 
Andainya lelaki tahu disebalik seribu satu rasa itu , ada sekeping hati nan lembut . Bukan untuk dimanjai , bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh . hanya perlu sedikit perhatian , agar rasa kasih itu terasa wujud walau di saat jauh . kerana andai lelaki tahu , hati ini akan sentiasa bertanya . pada diri seorang perempuan . wujudkah cinta itu dihati lelaki bila disaat jauh tanpa perkhabaran ? Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang , bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini . Cintailah seseorang itu kerana hatinyaa , bukan paras rupa semata-mata. 


Tinyy Sierra Copyright